THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 24, 2011

sebahagian gambar semasa aktiviti score orienteering...



control card ni harus di bawa bersama-sama ketika menjalankan aktiviti score orienteering..




                  peta ini juga dibekalkan kepada peserta sebagai panduan checkpoint yg perlu dicari..setiap checkpoint mempunyai nilai markah yg berbeza..





                              peta sebenar dimana checkpoint berada beserta klu dimana ianya berada..

Friday, April 15, 2011

aktiviti terakhir outdoor (score orienteering)

tup..tap..tup..tap..ni aktiviti outdoor kami yang terakhir iaitu score orienteering.aktiviti ini dilakukan secara solo saja dimana kami perlu mengumpul seberapa banyak mata untuk mendapat kedudukan yang terbaik.kami diberi 9 checkpoint untuk dicari.kami dilepaskan seorang demi seorang..akhirnya tiba giliran saya pula.saya dilepaskan pada pukul 9.38 pagi.kami diberi masa 1jam 30 minit untuk melakukan aktiviti ini.kedudukan checkpoint yang agak jauh membuat kami agak kepenatan untuk melakukan aktiviti ini.tetapi demi menjayakan aktiviti ini kami lakukan juga..saya berjaya menghabiskan aktiviti ini dlm masa 1jam 8minit(kalau xsilap la)agak uas jgk rasanya tp sayangnya saya xdpt nk habiskan kesemua checkpoint kerana saya silap menandakan control card dengan checkpointnya,,keseluruhannya,kami bersyukur kerana nerjaya melakukan aktiviti ini dengan jayanya..terima kasih kepada encik hisyam dan abg2 fasi yg membantu ...




wowww:...




Monday, April 4, 2011

LOW ROPE LA.....

SALAM,,kali ini saya nak cter lak pasal aktiviti low rope yang kami lakukan tempoh hari.Kesimpulannya aktiviti ini memang syok kalau korang nak tau.Pagi lagi kami da tak sabar tok jalankan aktiviti ini.Paginya,kami berkumpul di kawasan climbing bersebelahan kolam renang kerana aktiviti itu akan dilakukan di sini.Kami membawa segala peralatan yang perlu mengikut jenis low rope yang akan kami buat.Kumpulan saya yang terdiri daripada saya,izzat,syazwan,azam,mira.Kami akan membuat low rope yang diberi nama High postman walk.Antara peralataan yang diperlukan ialah helmet,sarung tangan,guni,dan juga pp rope..kami menyiapkan corse kami dengan bersama2.setelah semua kumpulan siap membuat bahagian dan juga jenis low rope corse mereka,kami diberi penerangan oleh Encik Hisyam mengenai aktiviti ini.Selesai daripada itu,kami diberi demonstrasi bagaimana cara untuk menjalankan aktiviti ini.Demonstrasi ini dilakukan oleh salah seorang sahabat kami.Selesai demonstrasi,tibalah masa kami untuk menjalankan aktiviti ini mengikut kumpulan.Kami melakukan nya dengan selamat..Jika dilihat sekali pandang aktiviti ini hanya memberikan kebosanan saja,tetapi setelah melakukannya barulah kami tahu aktiviti ini sangat mencabar dan boleh mendatangkan kecederaan jika tidak dilakukan dengan prosedur yang betul..walaubagaimanapun,kami bersyukur kerana dapat melakukan aktiviti ini dengan jayanya...terima kasih..











Friday, April 1, 2011

Abseiling..abseiling..

kali ni Fakulti kejuruteraan menjadi lokasi seterusnya bagi kami untuk menjalankan aktiviti abseiling..Pagi lagi kami besama rakan-rakan yg lain berkumpul di fakulti kejuruteraan bg menjalankan aktiviti ini.Kami akan menjalankan aktiviti ini dengan ketinggian 11 tingkat.Agak menakutkan jugak bila dengar kami akan menuruni bangunan itu pada ketinggian 11 tingkat.tapi kami cuba juga untuk hilang kan rasa ketakutan tersebut agar aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya..kami membawa peralatan naik ke tingkat 11 bangunan.Aktiviti ini telah dikawal oleh eicik hisyam dan beberapa abang fasi yg sudi meluangkan masa memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana cara untuk melakukan aktiviti ini. kami menyiapkan peralatan yg ingin digunakan di atas ground sheet.seterusnya kami diberi taklimat sebelum melakukan aktiviti ini.selesai sesi taklimat,bermulalah aktiviti abseiling ini..sorang demi sorang melaksanakan aktiviti abseiling ini dengan cara dan gelagat masing-masing..


Kami bersyukur kerana aktiviti ini berjaya dilakukan dengan selamat dan jayanya..terima kasih..




*sebahagian gambar aksi yg sempat diambil: