THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 27, 2011


Selesai sesi penerangan mengenai kayak,kami melakukan aktiviti water confidence.aktiviti itu dilakukan agak lama bg memberi konfiden kepada kami ketika berada di dalam air.sebagai langkah keselamatan kami menggunakan life jacket(pfd)bagi mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku.Selesai aktiviti tersebut,kami menikmati hidangan makan tengah hari dan seterusnya solat zohor.Selesai solat,kami bersiap2 untuk menjalan aktiviti kayak.kami diberi pasangan ketika berkayak nanti.pasangan saya ialah zulhelmi.kami diminta membawa kayak ke tasik.Selesai semua peserta membawa kayak mereka ke dalam tasik,kami diminta membuat rafting.selepas itu kami bergerak secara berkumpulan mengelilingi tasik cenderoh.Indah permandangan di sini..menggamit panorama kami2 yg sedang berkayak..tiba di satu lokasi kami diminta membuat rafting skali lg.fasi2 memberi sedikit taklimat mengenai tasik cenderoh ini..seterusnya kami diminta membuat capsize.saya dan pasangan melakukannya dengan semangat kerana kami telah mempelajarinya ketika menjalani praktikal di tasik shah alam..setelah selesai melakukan capsize kami bergerak pulang.kami diminta supaya bergerak dengan pantas kerana hari semakin gelap.kami melalui kawasan pokok teratai.kelihatan bayak pokok teratai yg menutupi air tasik disitu.,kami teruskan dayungan hingga sampai di jeti.kami tiba di jeti kira2 jam 7ptg.hari semakin gelap.dengan pantas kami kemaskan segala peralatan yg kami gunakan.lepas tu kami bersiap untuk sembahyang maghrib, bacaan yaasin dan makan malam..seterusnya  postmortem dilakukan..lepas abes je postmortem tiba2 di beritahu untuk melakukan aktiviti night walk..tengah berjalan2 kami berhenti di sebuah kawasan lapang dan melihat bintang dan langit di waktu malam. .em lpas tu kami di arahkan pulang ke campsite..dalam perjalanan pulang dengar lak de suara owg ramai menyanyi..hurm sape eh aq pun x tahu..masih jadi tanda tanya??? sampai kat campsite fasi2 memberitahu de aktiviti treasure hunt..em dah la nagtuk dan letih jam sudah 2 pagi..em x pe kita sahut cabaran tu ewah hihi;) lepas tu bermulalah pencarian checkpoint..untuk check point yang ketiga kami berjumpa dengan watak orang tua yang berselubung ngn kain pelekat dan kain hitam cuak jugak dah la malam jumaat kan.. tapi akhirnya berjaya mendapat checkpoint.untuk checkpoint yang seterusnya pertanyaan tentang suara owg ramai yang menyanyi terbongkar rupa rupanya lecture2 ngn sekumpulan fasi yang nyanyi..tahu x mereka nyanyi dari kul 2 pagi hingga ke subuh..bayankan la..untk dapat checkpoint kami lak kena nyanyi hai lemak manis alah amboi2 hahah..seronok..akhirnya dalam kul 6.30 pagi baru la kesemua checkpoint dijumpai..dan dapat la harta karun yang merupakan makanan ringan..lpas sembhyang subuh kami menikmati ganjaran yg kami dapat ketika menjalani aktiviti tersebut.




 aktiviti kayak sedang dijalankan...


persefahaman penting dalam menjalankan aktiviti ini.

0 comments: