THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 4, 2011

LOW ROPE LA.....

SALAM,,kali ini saya nak cter lak pasal aktiviti low rope yang kami lakukan tempoh hari.Kesimpulannya aktiviti ini memang syok kalau korang nak tau.Pagi lagi kami da tak sabar tok jalankan aktiviti ini.Paginya,kami berkumpul di kawasan climbing bersebelahan kolam renang kerana aktiviti itu akan dilakukan di sini.Kami membawa segala peralatan yang perlu mengikut jenis low rope yang akan kami buat.Kumpulan saya yang terdiri daripada saya,izzat,syazwan,azam,mira.Kami akan membuat low rope yang diberi nama High postman walk.Antara peralataan yang diperlukan ialah helmet,sarung tangan,guni,dan juga pp rope..kami menyiapkan corse kami dengan bersama2.setelah semua kumpulan siap membuat bahagian dan juga jenis low rope corse mereka,kami diberi penerangan oleh Encik Hisyam mengenai aktiviti ini.Selesai daripada itu,kami diberi demonstrasi bagaimana cara untuk menjalankan aktiviti ini.Demonstrasi ini dilakukan oleh salah seorang sahabat kami.Selesai demonstrasi,tibalah masa kami untuk menjalankan aktiviti ini mengikut kumpulan.Kami melakukan nya dengan selamat..Jika dilihat sekali pandang aktiviti ini hanya memberikan kebosanan saja,tetapi setelah melakukannya barulah kami tahu aktiviti ini sangat mencabar dan boleh mendatangkan kecederaan jika tidak dilakukan dengan prosedur yang betul..walaubagaimanapun,kami bersyukur kerana dapat melakukan aktiviti ini dengan jayanya...terima kasih..











0 comments: